Projek Fasa 3 Surau AnNur, Taman Desa Skudai
PROJEK FASA 3, SURAU AN-NUR, TAMAN DESA SKUDAI
Fasa 3.0 – Pembangunan Kuarters Imam & Fasiliti Sokongan.

Fasa 3 ini merangkumi pembinaan Kuarters Imam & Fasiliti Komuniti seluas 4,000 kaki persegi yang direka bagi memenuhi keperluan kebajikan imam serta fungsi komuniti surau/masjid.
Plan blok ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pandangan blok dari arah depan.
Pandangan blok dari arah belakang..jpg)
• 2 bilik air
• Ruang kediaman yang selesa untuk keluarga imam
Tingkat Bawah
Direka sebagai pusat sokongan aktiviti masjid yang merangkumi:
• Bilik kuliah berkapasiti 30–40 jemaah pada satu masa
• Ruang pengurusan jenazah yang tersusun dan mematuhi keperluan syarak
• Dapur memasak untuk kegunaan program komuniti
• Stor simpanan bagi peralatan dan barangan surau
Berikut adalah gambar kerja-kerja ditapak lokasi yang telah dan sedang berjalan untuk menyiapkan blok tersebut secepat mungkin.
Gambar rumah Imam yang asal

Gambar dapur dan stor yang asal

Kerja-kerja di tapak lokasi yang sedang berjalan.


.jpg)

Lokasi blok Fasa 3 ini ialah di sebelah surau


Secara keseluruhannya, kita berdoa semuga usaha yang dilaksanakan ini mampu memperkukuh peranan surau sebagai pusat ibadah, penyebaran ilmu, kebajikan staf serta penyedia kemudahan kepada masyarakat setempat.
Pihak surau memerlukan lebihkurang RM550k untuk merealisaikan pembinaan blok ini.
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Surau An-Nur ingin menjemput semua Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama berganding bahu memberi sumbangan kepada projek ini semuga ia menjadi amal jariah untuk bekalan di akhirat nanti.
Sumbangan boleh dibuat menggunakan QR Code di bawah atau dengan mengisi borang derma yang disediakan.

Sila hubungi Pengerusi AJK Surau An-Nur untuk keterangan lebih lanjut jika perlu.
