Akaun surauannur.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Projek Naiktaraf Surau AnNur Taman Desa Skudai

Projek Naiktaraf Surau AnNur Taman Desa Skudai


PROJEK NAIKTARAF SURAU AN-NUR TAMAN DESA SKUDAI

Surau An-Nur Taman Desa Skudai (surau dengan taraf boleh solat Jumaat) beralamat di Jalan Sejahtera 17, Taman Desa Skudai, sedang dalam usaha untuk dinaiktaraf kepada surau baru (bertaraf Masjid) yang dapat menyediakan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada lebih 1000 jemaah di sekitarnya.

Surau sediada telah berusia lebih daripada 20 tahun di mana ia dibina pada tahun 1996.

Pihak AJK Surau AnNur berpendapat sudah tiba masanya ia dinaiktaraf sesuai dengan keperluan semasa untuk menampung lebih ramai jemaah terutama di Hari Jumaat serta aktivitinya disamping mengatasi beberapa kerosakan yang sedang dialami.


Surau An-Nur Taman Desa Skudai sekarang


Surau atau Masjid An-Nur Taman Desa Skudai yang baru dijangka dapat menampung lebih ramai jemaah di sekitar Taman Desa Skudai, Taman Universiti, Taman Skudai Indah dan lain-lain taman berdekatan.

Anggaran kos projek ini ialah lebihkurang RM2.4 juta.

Ia perlu disiapkan sebelum 31 Dis. 2023.


InshaaAllah, Masjid An-Nur Taman Desa Skudai selepas naiktaraf


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor telah memberi kebenaran memungut derma dalam surat bertarikh Dis. 2020


Surat kebenaran memungut derma


Status Terkini Kutipan Dana Projek Pembangunan Masjid An-Nur Desa Skudai

RM540k




Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi/wasap Pengerusi JK Tadbir Surau di sini Hj Zuhaimy Ismail


Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Surau An-Nur ingin menjemput semua Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama berganding bahu memberi sumbangan kepada projek besar ini semuga ia menjadi amal jariah untuk bekalan di akhirat nanti.

Jazakumullahu khairan kathira

Nota:
Pembayaran melalui toyyibPay adalah melalui FPX ANSI System Sdn. Bhd

toyyibPay

FPX provider by ANSI Systems Sdn Bhd